Dalam rangkaian sosial, privasi dalam talian anda boleh mempengaruhi oleh orang lain. Privasi orang lain juga bergantung kepada tindakan anda. Etika yang baik membantu melindungi maklumat orang lain dari tersebar dan menjatuhkan maruah seseorang. Tindakan yang bijak sentiasa membawa kebaikan untuk diri dan orang sekeliling.
Friday, 27 May 2016
H.A.C.K.E.R
Apa Itu Hacker?
Hacker adalah orang yang "memecah masuk" komputer dan rangkaian sistem komputer, sama ada untuk mendapat keuntungan ataupun didorong oleh cabaran. Dahulunya budaya menggodam sebenarnya berasal daripada kumpulan bawah tanah tetapi telah berkembang dan kini terbuka kepada masyarakat. Penggodam merupakan seseorang yang menikmati meneroka butiran sistem atur cara dan bagaimana hendak meningkatkan keupayaan komputer tersebut. Mereka juga mempunyai pemahaman intim dan meluas mengenai mekanisme dalaman sistem komputer dan rangkaian komputer khususnya
Menggodam komputer adalah amalan mengubahsuai perkakasan dan perisian komputer untuk mencapai matlamat di luar maksud asal pencipta. Orang yang terlibat dalam aktiviti menggodam komputer sering dipanggil pengodam (hacker). Oleh kerana perkataan "hack" telah lama digunakan untuk menggambarkan seseorang yang tidak cekap pada profesion atau ada penggodam yang mendakwa istilah ini adalah menyakitkan hati dan tidak memberi pengiktirafan yang sesuai dengan kemahiran mereka.
Sikap Penggodam
Beberapa kumpulan kecil bawah tanah komputer dengan sikap dan matlamat yang berbeza menggunakan syarat-syarat yang berbeza untuk menanda diri antara satu sama lain, atau cuba untuk menyisihkan beberapa kumpulan tertentu yang mereka tidak bersetuju. Terdapat kategori yang berlainan, seperti White hat,Grey hat,Black hat dan script kiddie.
White hat
- Penggodam topi putih memecah masuk keselamatan komputer sebenarnya bukan berniat jahat, mereka sebenarnya menguji sistem keselamatan mereka sendiri. Jenis hacker ini lebih suka menikmati pembelajaran dan bekerja dengan sistem komputer, dan seterusnya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai subjek. Orang seperti ini menggunakan kemahiran hacking mereka dengan cara yang sah, seperti menjadi perunding keselamatan. Mereka menulis program komputer untuk memastikan keselamatan komputer terjaga.
Black hat
- Penggodam topi hitam, kadang-kadang dipanggil "cracker", seseorang yang memecah keselamatan komputer tanpa kebenaran atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer, telefon, sistem atau rangkaian) untuk vandalisme, penipuan kad kredit, kecurian identiti, cetak rompak, atau jenis lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.Biasanya mereka adalah bersalah di sisi undang-undang. Mereka mempunyai pengetahuan komputer yang baik dan menulis program komputer untuk melakukan penggodaman
Grey Hat
- Penggodam ini boleh motifnya masih samar-samar atau kesalahan sempadan.
Script kiddie
- Script kiddie adalah seorang ynag bukan pakar yg memecah masuk sistem komputer dengan menggunakan program yng ditulis oleh orang lain (hacker).Biasanya mempunyai sedikit pemahaman konsep. Ini adalah orang buangan masyarakat hacker.
Noob (istilah untuk newbie)
- Noob adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai hampir tiada pengetahuan tentang cara teknologi, dan hacking, lagi kadang-kadang berpura-pura untuk menjadi pakar tentang topik atau mengisytiharkan diri mereka sebagai "Hacker" apabila mereka tidak mempunyai idea tentang topik tersebut. Noobs juga kekurangan disiplin yang diperlukan untuk menjadi seorang penggodam yang benar. Noobs adalah di peringkat yang lebih rendah daripada "Script kiddie" dari segi Hacker.
Elite (atau dikenali sebagai 1337 atau 31337 dalam 1337_speak)
- Elite adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan penggodam paling maju dan terbesar yang sentiasa di "canggih", dan satu langkah di hadapan orang lain dan orang yang memahami sepenuhnya maksud sebenar apa yang dimaksudkan untuk menjadi seorang hacker. Seseorang yang dikatakan elit adalah mereka yng menemui dan menyelesaikan exploit dan kelemahan sistem-sistem keselamatan baru. Mereka adalah pencari kelemahan sistem bg meningkatkan keselamatan aplikasi perisian dan komputer.
Hacktivist
- Hacktivist adalah seorang penggodam yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan mesej sosial, ideologi, agama, atau politik. Secara umum, hacktivism kebanyakan melibatkan pencacatan laman web atau serangan penafian perkhidmatan. Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, hacktivism digunakan sebagai alat untuk Perang cyber(Cyberterrorism).
Sunday, 22 May 2016
SOAL SELIDIK PENGGUNAAN MOBILE LEARNING (M-LEARNING) UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR UKM
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang pengetahuan dan kemahiran melalui
teknologi mudah alih. M-Learning dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di
Universiti Kebangsaan Malaysia, serta kesesuaian dan penerimaan penggunaan mlearning
terhadap pembelajaran di UKM
teknologi mudah alih. M-Learning dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di
Universiti Kebangsaan Malaysia, serta kesesuaian dan penerimaan penggunaan mlearning
terhadap pembelajaran di UKM
Dengan Lebih lanjut, boleh masuk ke hiperlink ini :
Kami telah melakukan soal selidik ini menggunakan kaedah secara manual dan juga teknik google form.. di sini disertakan link untuk soal selidik kumpulan kami.
10 gambar Projek Individu (BBM)
Bekas tempat Letak Alatan Pensel DIY
Sesiapa yang begitu suka terhadap barangan kitar semula, maka mereka tidak akan pernah mensia-siakan sesuatu barangan tanpa melakukan inovasi terhadap barangan tersebut. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi ilmu bagaimana sebotol plastik mampu menjadikan fungsinya berguna kepada orang lain. Mari belajar cara-cara membuat bekas tempat letak alatan pensel, pen dan barangan lain.
peralatan yang digunakan:
Sesiapa yang begitu suka terhadap barangan kitar semula, maka mereka tidak akan pernah mensia-siakan sesuatu barangan tanpa melakukan inovasi terhadap barangan tersebut. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi ilmu bagaimana sebotol plastik mampu menjadikan fungsinya berguna kepada orang lain. Mari belajar cara-cara membuat bekas tempat letak alatan pensel, pen dan barangan lain.
peralatan yang digunakan:
Langkah 1:
Mula-mula sekali potong bahagian atas botol macam dalam visual ni. Gunakan pisau yang tajam bagi memudahkan proses memotong dilakukan dan yang paling penting berhati-hati ok
Langkah 2:
Lepas itu, gunakan guting dah buat potongan memanjang hingga ke bahagian tengah botol. lakukan proses menggunting ini di sekeliling botol.
Langkah 3:
Langkah 4:
Untuk proses seterusnya ini, anda perlu melipat potongan panjang yang kita buat tadi tu. Setengahnya lipat kesebelah kiri dan setengah lagi lipat kesebelah kanan. Dan jadilah bentuk yang kita mahukan.
Untuk proses seterusnya ini, anda perlu melipat potongan panjang yang kita buat tadi tu. Setengahnya lipat kesebelah kiri dan setengah lagi lipat kesebelah kanan. Dan jadilah bentuk yang kita mahukan.
Langkah 5:
Untuk mencantikkan lagi bekas ni anda boleh menghias mengikut kreativiti anda sendiri
Untuk mencantikkan lagi bekas ni anda boleh menghias mengikut kreativiti anda sendiri
Saturday, 21 May 2016
Sikap Tidak Ambil Peduli
“TAK KISAH PUN”
Ambil Peduli bukanlah Menyibuk.
Malangnya apa yang terjadi dalam masyarakat hari ini adalah kita terlalu takut atau sememangnya tidak peduli akan masalah dan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita.
Peristiwa penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi, jenayah, kes-kes dadah dan rogol yang menjadi-jadi sewajarnya membangkitkan perasaan peduli terhadap suasana sekeliling.
Frasa 'jangan menjaga tepi kain orang' tidak harus dianggap pengabaian terus terhadap hal-hal yang terjadi di luar lingkungan urusan kita.
Rasa peduli mestilah ada dan perlu bagi memastikan kemaslahatan masyarakat dan untuk membantu dan menolong di mana yang perlu.
Sikap peduli sangat penting untuk dipupuk dan diamalkan.Kita perlu peka apa yang berlaku di sekeliling kita dan perlu ada sikap menginsafi keadaan orang lain yang dalam kesusahan
Tuesday, 17 May 2016
10 Gambar Inovasi
Pakaian Robot Hybrid Assistive Limb (HAL)
Pakaian
Robot HAL telah dihasilkan oleh seorang pemuda ketika menyertai Pameran
Antarabangsa Robot di Jepun. Pakaian robot ini berkeupayaan mengangkat berat 30
kg sesuatu barangan. Ia menjadikannya lebih mudah untuk bergerak dan mengangkat
barang yang berat. Pakaian robot HAL ini dijadikan sebagai satu kemudahan untuk
kegunaan orang ramai dengan menyediakan khidmat sewa di Jepun dan mendapat
kelulusan keselamatan antarabangsa. Robot kejururawatan penjagaan ini direka
untuk membantu orang tua dan kurang upaya yang sukar untuk bergerak sekeliling.
Selain itu ia juga membantu untuk mengambil barang di rak-rak yang tinggi dan
juga memanjat tangga.
Penggunaan tanpa wayar pada masa kini
begitu mendapat sambutan buat mereka yang mengikuti kecanggihan peredaran masa
teknologi. Pelbagai jenis teknologi telah dibuat penambahbaikannya seiring
kemudahan kini yang semuanya inginkan kepantasan dan cepat. iFreeze merupakan produk iMac yang direka bentuk berkonsepkan
masa depan dengan ilustrator yang berpangkalan di UK dan direka oleh Adam
Benton. Ia merupakan sepenuhnya tanpa wayar. Ia juga bersifat futuristik dengan paparan telus.
Ia Dilengkapi dengan paparan 30-inci telus dan papan kekunci tanpa wayar dan kekuncinya
diterangi cahaya sensitif. Konsep reka bentuk ini juga boleh ditetapkan dalam pelbagai
peringkat telus dan boleh pudar semasa mod tidur.
Monday, 16 May 2016
Jenayah Komputer/Siber
Ledakan
teknologi Internet di Malaysia pada pertengahan tahun 1990-an, memberi kesan yang pelbagai dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun Malaysia masih
belum melahir penggodam komputer yang masyhur seperti Kevin Mitnick dan David Smith tetapi berlaku pencerobohan sistem komputer dalam badan kerajaan dan
persendirian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Masyarakat
Malaysia pada hari ini tidak terhad kepada rakyat atau residen Malaysia sahaja
tetapi sebaliknya mencakupi rakyat dari negara lain di seluruh dunia. Ini
adalah natijah kepada kewujudan persekitaran yang luas disambung oleh jaringan
komputer seluruh dunia. Keadaan ini menjadi faktor penggalak kepada aktiviti
jenayah siber.
Definisi
Jenayah Komputer/Siber
Parker dari SRI International
California menakrif jenayah komputer sebagai sebarang perlakuan yang mempunyai
niat dan dikaitkan dengan komputer melalui sebarang cara dan menyebab mangsa
menderita atau boleh menyebab penderitaan dan kerugian yang berterusan.
Definisi ini selaras dengan definisi Jabatan Kehakiman AS yang mengatakan
jenayah komputer adalah sebarang aktiviti yang tidak sah dan mengguna
pengetahuan teknologi komputer sebagai alat untuk merealisasinya.
Apa pula
jenayah siber? Tidak ada definisi yang tepat yang boleh menggambar jenayah
siber. Sesetengah pihak menakrifkan ‘jenayah siber’ sebagai ‘jenayah komputer’.
Ini berdasarkan keupayaan komputer mampu melaksana aktiviti jenayah
konvensional seperti penipuan, pencurian, peras ugut dan pencerobohan yang
boleh mendatangkan kesan buruk terhadap harta benda individu atau
organisasi.
Jenayah siber pula tidak
boleh berlaku tanpa rangkaian Internet. Melalui talian terus, penjenayah boleh
memperluas lagi perlakuan jenayah ke negara lain di luar bidang kuasa sesebuah
negara. Ini termasuk jenayah pornografi, penipuan melalui laman web dan penghantaran
bahan lucah menerusi e-mel.
Bagaimanapun,
tidak menjadi satu kesalahan jika merujuk jenayah komputer sebagai jenayah
siber kerana kedua-duanya memerlu komputer bagi melaksanakan jenayah dan
undang-undang yang diguna mensyarat elemen yang boleh dipenuhi oleh kedua-dua
jenis jenayah ini. Perbezaan hanyalah dari segi bidang kuasa sahaja. Jenayah
komputer terhad kepada bidang kuasa undang-undang Malaysia, manakala jenayah
siber adalah tanpa sempadan. Ini sudah pasti memberi kesan kepada bidang kuasa
negara lain.
Peningkatan jenayah siber mendorong kerajaan Malaysia
memperkenal tiga undang-undang baharu pada tahun 1996 yang dikenali sebagai
Undang-undang Siber. Pelaksanaan undang-undang siber ini dapat membantu
menahan, seterusnya mengurangi masalah, terutama aktiviti yang berkaitan dengan
jenayah siber. Peruntukan undang-undang berkaitan jenayah komputer boleh
dirujuk pada Jadual.
Peruntukan Undang-undang berkaitan Jenayah Komputer
Serangan terhadap komputer tidak terhad kepada organisasi awam sahaja
tetapi turut meliputi organisasi swasta. Tragedi kerosakan sistem perhubungan
telefon yang dialami oleh agensi kerajaan dan pangkalan tentera serta masalah
putus bekalan elektrik yang menimpa negara pada suatu ketika dahulu patut
diambil iktibar. Meskipun krisis ini disebab oleh masalah teknikal, tetapi
telah menyebab kekecohan, kerugian kewangan dalam jumlah yang besar dan juga
kehilangan nyawa. Pada yang lebih dahsyat sudah pasti berlaku sekiranya
fenomenon ini berpunca akibat serangan oleh para penggodam yang mempunyai motif
tertentu. Ini bukan sahaja boleh melumpuh ekonomi bahkan membahayakan sistem
pertahanan negara terutamanya jika negara berkonflik dengan negara lain.
Strategi seperti ini diguna dalam latihan perang maklumat oleh Amerika Syarikat
dan terbukti membuah hasil dalam perang
Teluk pada tahun 1988.
Pengkelasan
Pelaku Jenayah Komputer. Sumber: Reynold (2003).
Keselamatan Siber : Isu dan Cabaran
Teknologi digital menjadi teras dalam
pelbagai aktiviti manusia termasuk sosial, ekonomi, politik dan akademik.
Kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi digital mendedah organisasi dan
rakyat kepada pelbagai risiko ancaman siber. Ancaman keselamatan yang dahulunya
bersifat fizikal kini beralih kepada ruang siber yang semakin meningkat dan
membimbangkan. Ancaman siber kini merupakan isu keselamatan yang perlu diberi
tumpuan bukan sahaja pada peringkat pengguna dan organisasi, malahan juga pada
peringkat nasional dan antarabangsa.
Revolusi
teknologi digital membawa seiring dengannya tren cabaran keselamatan dalam
bentuk ancaman siber. Isu keselamatan kini tidak lagi berkisar pada dimensi
darat, laut, udara dan angkasa, tetapi melangkaui dimensi siber. Ruang siber
diiktiraf sebagai dimensi kelima dan isu keselamatan siber menarik perhatian
pakar keselamatan dan strategik, penyelidik, akademia dan industri. Risiko serangan siber ke atas sektor kritikal
yang merangkumi sektor Kerajaan, Pertahanan dan Keselamatan, Perbankan dan Kewangan,
Tenaga, Kesihatan, Air, Makanan dan Pertanian, Maklumat dan Telekomunikasi,
Pengangkutan, serta Perkhidmatan Kecemasan mampu melumpuh jentera pentadbiran
dan operasi sesebuah organisasi. Malahan, serangan siber tersebut yang berlaku secara
berterusan boleh menjejas keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Jenayah Rompakan Siber
Jenayah siber ters meningkat termasuk yang mensasar sektor e-dagang iaitu
perniagaan atau perdagangan yang mengguna Internet sebagai medium untuk tujuan
komunikasi dan juga transaksi secara dalam talian. Pengguna Internet juga kini
menjadi sasaran yang mudah oleh penjenayah siber lantaran kelalaian dan
kejahilan mereka sendiri.
Walaupun jumlah rompakan
terhadap institusi perbankan serta kewangan dilihat berkurangan, namun
institusi tersebut masih tidak selamat dari ancaman jenayah. Malah, institusi
tersebut kini berhadapan jenayah siber yang semakin serius berikutan penggunaan
perkakasan dan aplikasi komputer serta perluasan sistem rangkaian komputer.
Penjenayah siber kini mengguna komputer dan perisian jahat sebagai senjata
untuk mencuri wang dalam ruang siber.
Dalam kebanyakan kes, pihak berkuasa hanya bertindak setelah sesuatu
jenayah berlaku iaitu setelah mangsa menyedari sejumlah wang mereka dicuri. Ancaman
rompakan oleh penjenayah siber sukar dikesan berikutan masalah pembuktian di
samping kepakaran penjenayah yang mempunyai teknik untuk berselindung dalam
ruang siber sehingga menghadapi risiko yang minimum untuk dikesan pada peringkat
awal.
Pasaran Gelap
Internet
Semakin ramai pakar komputer yang menyalahguna
kepakaran untuk mendapat keuntungan kewangan dengan mudah
dan cepat. Antaranya, mencuri maklumat penting dan harta intelek untuk
diperdagang dalam pasaran gelap Internet mengguna matawang digital yang dinamai
syiling bit (bitcoins). Maklumat
peribadi berkaitan kewangan boleh diguna oleh sindiket jenayah terancang untuk
mengklon kad kredit dan memalsu pelbagai identiti. Kumpulan pakar penggodam
juga menyedia produk dan perkhidmatan teknikal seperti alat dan tutorial penggodaman,
perisian jahat, dan infastruktur botnet. Mereka mendapat bayaran yang lumayan menerusi perdagangan
produk dan perkhidmatan tersebut lantaran permintaannya yang tinggi
Perisian Jahat dan Botnet
Perisan jahat merupakan senjata siber yang diguna untuk melaksana
pelbagai aktiviti jenayah dalam ruang siber mengganti senjata konvensional.
Antara fungsi perisian jahat termasuk mencuri dan memadam maklumat, mengunci
fail atau sistem komputer, dan menafi sesuatu perkhidmatan komputer agar tidak
boleh diakses atau diguna. Pada amnya, komputer yang dijangkiti perisian jahat
boleh dirampas dan dikawal oleh penyerang siber untuk menyerang mana-mana
sasaran mereka. Botnet yang merupakan sistem rangkaian komputer yang dijangkiti
perisian jahat dihubung kepada pelayan pemerintah dan kawalan oleh penyerang
siber untuk memungkin botnet diguna sebagai pangkalan bagi melancar serangan
siber global. Penyerang siber sukar dikesan kerana mereka berselindung di
sebalik infrastruktur botnet. Tambahan pula organisasi atau negara yang disyaki
terbabit sudah pasti menafi penglibatan mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)