Menurut al-Kindi (796-873)
- Falasah merupakan ilmu mulia dan terbaik kerana membicara tentang semua yang berguna, cara memperoleh dan cara menjauhi perkara yang merugikan
- falsafah merupakan kajian alam tabii secara teori bagi mengenal diri
- falsafah ialah kajian tentang perkara azali (sejak permulaan zaman) dan abadi bagi mengharmoni kepercayaan mistik ataupun agama mengguna akal bagi berfikir.
- Kedua-duanya membahagi falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik (tingkat terendah); sains matematik (tingkat pertengahan); dan sains ketuhanan (tingkat tertinggi).
Ahli falsafah Islam melihat falsafah dari sudut yang berbeza kerana falsafah bertujuan mencari kebenaran dan tidak boleh bercanggah dengan kepercayaan agama
Menurut al-Farabi (870-950)
- falsafah adalah ilmu tentang kewujudan serta tidak bercanggah dengan agama kerana sama-sama memuja kebenaran dan bertujuan mengetahui yang maha esa. Menurutnya falsafah terbahagi kepada dua iaitu teori (meliputi matematik, fizik dan metafizik) dan amali (etika atau ilmu akhlak).
- percaya falsafah adalah penyelidikan tentang alam dan melihatnya sebagai jalan bagi menemui maha pencipta. Falsafah tidak bertentangan dengan agama sebaliknya memantap dan menjelas lagi hal yang berkaitan dengan agama.
Menurut Ibnu Sina (980-1037)
- falsafah secara teori dan amali dan dihubung dengan Islam serta kajian tentang hakikat kewujudan.
Menurut al-Ghazali (1059-1111)
- al-Ghazali pula melihat falsafah sebagai keupayaan meletak akal pada tingkat yang tinggi selepas wahyu.