cari

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, 27 May 2016

Privasi dalam talian

Dalam rangkaian sosial, privasi dalam talian anda boleh mempengaruhi oleh orang lain. Privasi orang lain juga bergantung kepada tindakan anda. Etika yang baik membantu melindungi maklumat orang lain dari tersebar dan menjatuhkan maruah seseorang. Tindakan yang bijak sentiasa membawa kebaikan untuk diri dan orang sekeliling. 


H.A.C.K.E.R

Apa Itu Hacker?


Hacker adalah orang yang "memecah masuk" komputer dan rangkaian sistem komputer, sama ada untuk mendapat keuntungan ataupun didorong oleh cabaran. Dahulunya budaya menggodam sebenarnya berasal daripada kumpulan bawah tanah tetapi telah berkembang dan kini terbuka kepada masyarakat. Penggodam merupakan seseorang yang menikmati meneroka butiran sistem atur cara dan bagaimana hendak meningkatkan keupayaan komputer tersebut. Mereka juga mempunyai pemahaman intim dan meluas mengenai mekanisme dalaman sistem komputer dan rangkaian komputer khususnya

Menggodam komputer adalah amalan mengubahsuai perkakasan dan perisian komputer untuk mencapai matlamat di luar maksud asal pencipta. Orang yang terlibat dalam aktiviti menggodam komputer sering dipanggil pengodam (hacker). Oleh kerana perkataan "hack" telah lama digunakan untuk menggambarkan seseorang yang tidak cekap pada profesion  atau ada penggodam yang mendakwa istilah ini adalah menyakitkan hati dan tidak memberi pengiktirafan yang sesuai dengan kemahiran mereka.


Sebagai perbandingan kepada orang-orang yang membangunkan kepentingan dalam menggodam komputer daripada rasa ingin tahu intelektual mudah, sesetengah penggodam mempunyai motif yang kurang mulia seperti mencuri maklumat peribadi, menukar data kewangan sebuah perbadanan, memecahkan kod keselamatan untuk mendapatkan akses rangkaian yang tidak dibenarkan, atau menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kerugian kepada mangsa. Ini dipanggil sebagai 

Sikap Penggodam
Beberapa kumpulan kecil bawah tanah komputer dengan sikap dan matlamat yang berbeza menggunakan syarat-syarat yang berbeza untuk menanda diri antara satu sama lain, atau cuba untuk menyisihkan beberapa kumpulan tertentu yang mereka tidak bersetuju. Terdapat kategori yang berlainan, seperti White hat,Grey hat,Black hat dan script kiddie.




White hat

  • Penggodam topi putih memecah masuk keselamatan komputer sebenarnya bukan berniat jahat, mereka sebenarnya menguji sistem keselamatan mereka sendiri. Jenis hacker ini lebih suka menikmati pembelajaran dan bekerja dengan sistem komputer, dan seterusnya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai subjek. Orang seperti ini menggunakan kemahiran hacking mereka dengan cara yang sah, seperti menjadi perunding keselamatan. Mereka menulis program komputer untuk memastikan keselamatan komputer terjaga.

Black hat



  • Penggodam topi hitam, kadang-kadang dipanggil "cracker", seseorang yang memecah keselamatan komputer tanpa kebenaran atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer, telefon, sistem atau rangkaian) untuk vandalisme, penipuan kad kredit, kecurian identiti, cetak rompak, atau jenis lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.Biasanya mereka adalah bersalah di sisi undang-undang. Mereka mempunyai pengetahuan komputer yang baik dan menulis program komputer untuk melakukan penggodaman

Grey Hat



  • Penggodam ini boleh motifnya masih samar-samar atau kesalahan sempadan.

Script kiddie
  • Script kiddie adalah seorang ynag bukan pakar yg memecah masuk sistem komputer dengan menggunakan program yng ditulis oleh orang lain (hacker).Biasanya mempunyai sedikit pemahaman konsep. Ini adalah orang buangan masyarakat hacker.

Noob (istilah untuk newbie)
  • Noob adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai hampir tiada pengetahuan tentang cara teknologi, dan hacking, lagi kadang-kadang berpura-pura untuk menjadi pakar tentang topik atau mengisytiharkan diri mereka sebagai "Hacker" apabila mereka tidak mempunyai idea tentang topik tersebut. Noobs juga kekurangan disiplin yang diperlukan untuk menjadi seorang penggodam yang benar. Noobs adalah di peringkat yang lebih rendah daripada "Script kiddie" dari segi Hacker.

Elite (atau dikenali sebagai 1337 atau 31337 dalam 1337_speak)
  • Elite adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan penggodam paling maju dan terbesar yang sentiasa di "canggih", dan satu langkah di hadapan orang lain dan orang yang memahami sepenuhnya maksud sebenar apa yang dimaksudkan untuk menjadi seorang hacker. Seseorang yang dikatakan elit adalah mereka yng menemui dan menyelesaikan exploit dan kelemahan sistem-sistem keselamatan baru. Mereka adalah pencari kelemahan sistem bg meningkatkan keselamatan aplikasi perisian dan komputer.

Hacktivist
  • Hacktivist adalah seorang penggodam yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan mesej sosial, ideologi, agama, atau politik. Secara umum, hacktivism kebanyakan melibatkan pencacatan laman web atau serangan penafian perkhidmatan. Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, hacktivism digunakan sebagai alat untuk Perang cyber(Cyberterrorism).





Sunday, 22 May 2016

SOAL SELIDIK PENGGUNAAN MOBILE LEARNING (M-LEARNING) UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR UKM

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang pengetahuan dan kemahiran melalui
teknologi mudah alih. M-Learning dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di
Universiti Kebangsaan Malaysia, serta kesesuaian dan penerimaan penggunaan mlearning
terhadap pembelajaran di UKM




Dengan Lebih lanjut, boleh masuk ke hiperlink ini :

Kami telah melakukan soal selidik ini menggunakan kaedah secara manual dan juga teknik google form.. di sini disertakan link untuk soal selidik kumpulan kami.


10 gambar Projek Individu (BBM)

Bekas tempat Letak Alatan Pensel DIY

Sesiapa yang begitu suka terhadap barangan kitar semula, maka mereka tidak akan pernah mensia-siakan sesuatu barangan tanpa melakukan inovasi terhadap barangan tersebut. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi ilmu bagaimana sebotol plastik mampu menjadikan fungsinya berguna kepada orang lain. Mari belajar cara-cara membuat bekas tempat letak alatan pensel, pen dan barangan lain.

peralatan yang digunakan:




Langkah 1:

Mula-mula sekali potong bahagian atas botol macam dalam visual ni. Gunakan pisau yang tajam bagi memudahkan proses memotong dilakukan dan yang paling penting berhati-hati ok



Langkah 2:

Lepas itu, gunakan guting dah buat potongan memanjang hingga ke bahagian tengah botol. lakukan proses menggunting ini di sekeliling botol.









Langkah 3:

Ok bila sekeliling botol telah di gunting memanjang. Terbalikkan botol dan tekan dipermukaan lantai untuk mendapatkan bentuk seakan-akan bunga yang kembang.




Langkah 4:

Untuk proses seterusnya ini, anda perlu melipat potongan panjang yang kita buat tadi tu. Setengahnya lipat kesebelah kiri dan setengah lagi lipat kesebelah kanan. Dan jadilah bentuk yang kita mahukan.




Langkah 5:

Untuk mencantikkan lagi bekas ni anda boleh menghias mengikut kreativiti anda sendiri



Saturday, 21 May 2016

Sikap Tidak Ambil Peduli



“TAK KISAH PUN”

Ambil Peduli bukanlah Menyibuk.
Malangnya apa yang terjadi dalam masyarakat hari ini adalah kita terlalu takut atau sememangnya tidak peduli akan masalah dan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita.
Peristiwa penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi, jenayah, kes-kes dadah dan rogol yang menjadi-jadi sewajarnya membangkitkan perasaan peduli terhadap suasana sekeliling.
Frasa 'jangan menjaga tepi kain orang' tidak harus dianggap pengabaian terus terhadap hal-hal yang terjadi di luar lingkungan urusan kita.
Rasa peduli mestilah ada dan perlu bagi memastikan kemaslahatan masyarakat dan untuk membantu dan menolong di mana yang perlu.

Sikap peduli sangat penting untuk dipupuk dan diamalkan.Kita perlu peka apa yang berlaku di sekeliling kita dan perlu ada sikap menginsafi keadaan orang lain yang dalam kesusahan


Tuesday, 17 May 2016

10 video inovasi


1) INOVASI PENGGUNAAN SURAT KHABAR



2) IWATCH


3) TEKNOLOGI KEHIDUPAN DI ZAMAN 2050



4)      TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN. 

10 Gambar Inovasi



 Pakaian Robot Hybrid Assistive Limb (HAL) 
Pakaian Robot HAL telah dihasilkan oleh seorang pemuda ketika menyertai Pameran Antarabangsa Robot di Jepun. Pakaian robot ini berkeupayaan mengangkat berat 30 kg sesuatu barangan. Ia menjadikannya lebih mudah untuk bergerak dan mengangkat barang yang berat. Pakaian robot HAL ini dijadikan sebagai satu kemudahan untuk kegunaan orang ramai dengan menyediakan khidmat sewa di Jepun dan mendapat kelulusan keselamatan antarabangsa. Robot kejururawatan penjagaan ini direka untuk membantu orang tua dan kurang upaya yang sukar untuk bergerak sekeliling. Selain itu ia juga membantu untuk mengambil barang di rak-rak yang tinggi dan juga memanjat tangga.






   SET KOMPUTER TANPA WAYAR (iFreeze)  
Penggunaan tanpa wayar pada masa kini begitu mendapat sambutan buat mereka yang mengikuti kecanggihan peredaran masa teknologi. Pelbagai jenis teknologi telah dibuat penambahbaikannya seiring kemudahan kini yang semuanya inginkan kepantasan dan cepat. iFreeze merupakan produk iMac yang direka bentuk berkonsepkan masa depan dengan ilustrator yang berpangkalan di UK dan direka oleh Adam Benton. Ia merupakan sepenuhnya tanpa wayar. Ia  juga bersifat futuristik dengan paparan telus. Ia Dilengkapi dengan paparan 30-inci telus dan papan kekunci tanpa wayar dan kekuncinya diterangi cahaya sensitif. Konsep reka bentuk ini juga boleh ditetapkan dalam pelbagai peringkat telus dan boleh pudar semasa mod tidur.

Biodata Diri









Monday, 16 May 2016

Jenayah Komputer/Siber

Ledakan teknologi Internet di Malaysia pada pertengahan tahun 1990-an, memberi kesan yang pelbagai dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun Malaysia masih belum melahir penggodam komputer yang masyhur seperti Kevin Mitnick dan David Smith tetapi berlaku pencerobohan sistem komputer dalam badan kerajaan dan persendirian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Masyarakat Malaysia pada hari ini tidak terhad kepada rakyat atau residen Malaysia sahaja tetapi sebaliknya mencakupi rakyat dari negara lain di seluruh dunia. Ini adalah natijah kepada kewujudan persekitaran yang luas disambung oleh jaringan komputer seluruh dunia. Keadaan ini menjadi faktor penggalak kepada aktiviti jenayah siber.


Definisi Jenayah Komputer/Siber
Parker dari SRI International California menakrif jenayah komputer sebagai sebarang perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui sebarang cara dan menyebab mangsa menderita atau boleh menyebab penderitaan dan kerugian yang berterusan. Definisi ini selaras dengan definisi Jabatan Kehakiman AS yang mengatakan jenayah komputer adalah sebarang aktiviti yang tidak sah dan mengguna pengetahuan teknologi komputer sebagai alat untuk merealisasinya.

Apa pula jenayah siber? Tidak ada definisi yang tepat yang boleh menggambar jenayah siber. Sesetengah pihak menakrifkan ‘jenayah siber’ sebagai ‘jenayah komputer’. Ini berdasarkan keupayaan komputer mampu melaksana aktiviti jenayah konvensional seperti penipuan, pencurian, peras ugut dan pencerobohan yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap harta benda individu atau organisasi.  

Jenayah siber pula tidak boleh berlaku tanpa rangkaian Internet. Melalui talian terus, penjenayah boleh memperluas lagi perlakuan jenayah ke negara lain di luar bidang kuasa sesebuah negara. Ini termasuk jenayah pornografi, penipuan melalui laman web dan penghantaran bahan lucah menerusi e-mel.  

Bagaimanapun, tidak menjadi satu kesalahan jika merujuk jenayah komputer sebagai jenayah siber kerana kedua-duanya memerlu komputer bagi melaksanakan jenayah dan undang-undang yang diguna mensyarat elemen yang boleh dipenuhi oleh kedua-dua jenis jenayah ini. Perbezaan hanyalah dari segi bidang kuasa sahaja. Jenayah komputer terhad kepada bidang kuasa undang-undang Malaysia, manakala jenayah siber adalah tanpa sempadan. Ini sudah pasti memberi kesan kepada bidang kuasa negara lain.


Peningkatan jenayah siber mendorong kerajaan Malaysia memperkenal tiga undang-undang baharu pada tahun 1996 yang dikenali sebagai Undang-undang Siber. Pelaksanaan undang-undang siber ini dapat membantu menahan, seterusnya mengurangi masalah, terutama aktiviti yang berkaitan dengan jenayah siber. Peruntukan undang-undang berkaitan jenayah komputer boleh dirujuk pada Jadual.

Peruntukan Undang-undang berkaitan Jenayah Komputer


Serangan terhadap komputer tidak terhad kepada organisasi awam sahaja tetapi turut meliputi organisasi swasta. Tragedi kerosakan sistem perhubungan telefon yang dialami oleh agensi kerajaan dan pangkalan tentera serta masalah putus bekalan elektrik yang menimpa negara pada suatu ketika dahulu patut diambil iktibar. Meskipun krisis ini disebab oleh masalah teknikal, tetapi telah menyebab kekecohan, kerugian kewangan dalam jumlah yang besar dan juga kehilangan nyawa. Pada yang lebih dahsyat sudah pasti berlaku sekiranya fenomenon ini berpunca akibat serangan oleh para penggodam yang mempunyai motif tertentu. Ini bukan sahaja boleh melumpuh ekonomi bahkan membahayakan sistem pertahanan negara terutamanya jika negara berkonflik dengan negara lain. Strategi seperti ini diguna dalam latihan perang maklumat oleh Amerika Syarikat dan terbukti  membuah hasil dalam perang Teluk pada tahun 1988.
Pengkelasan  Pelaku Jenayah Komputer. Sumber: Reynold (2003).

Keselamatan Siber : Isu dan Cabaran

Teknologi digital menjadi teras dalam pelbagai aktiviti manusia termasuk sosial, ekonomi, politik dan akademik. Kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi digital mendedah organisasi dan rakyat kepada pelbagai risiko ancaman siber. Ancaman keselamatan yang dahulunya bersifat fizikal kini beralih kepada ruang siber yang semakin meningkat dan membimbangkan. Ancaman siber kini merupakan isu keselamatan yang perlu diberi tumpuan bukan sahaja pada peringkat pengguna dan organisasi, malahan juga pada peringkat nasional dan antarabangsa.
Revolusi teknologi digital membawa seiring dengannya tren cabaran keselamatan dalam bentuk ancaman siber. Isu keselamatan kini tidak lagi berkisar pada dimensi darat, laut, udara dan angkasa, tetapi melangkaui dimensi siber. Ruang siber diiktiraf sebagai dimensi kelima dan isu keselamatan siber menarik perhatian pakar keselamatan dan strategik, penyelidik, akademia dan industri.  Risiko serangan siber ke atas sektor kritikal yang merangkumi sektor Kerajaan, Pertahanan dan Keselamatan, Perbankan dan Kewangan, Tenaga, Kesihatan, Air, Makanan dan Pertanian, Maklumat dan Telekomunikasi, Pengangkutan, serta Perkhidmatan Kecemasan mampu melumpuh jentera pentadbiran dan operasi sesebuah organisasi. Malahan, serangan siber tersebut yang berlaku secara berterusan boleh menjejas keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Jenayah Rompakan Siber

Jenayah siber ters meningkat  termasuk yang mensasar sektor e-dagang iaitu perniagaan atau perdagangan yang mengguna Internet sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi secara dalam talian. Pengguna Internet juga kini menjadi sasaran yang mudah oleh penjenayah siber lantaran kelalaian dan kejahilan mereka sendiri.
Walaupun jumlah rompakan terhadap institusi perbankan serta kewangan dilihat berkurangan, namun institusi tersebut masih tidak selamat dari ancaman jenayah. Malah, institusi tersebut kini berhadapan jenayah siber yang semakin serius berikutan penggunaan perkakasan dan aplikasi komputer serta perluasan sistem rangkaian komputer. Penjenayah siber kini mengguna komputer dan perisian jahat sebagai senjata untuk mencuri wang dalam ruang siber.  Dalam kebanyakan kes, pihak berkuasa hanya bertindak setelah sesuatu jenayah berlaku iaitu setelah mangsa menyedari sejumlah wang mereka dicuri. Ancaman rompakan oleh penjenayah siber sukar dikesan berikutan masalah pembuktian di samping kepakaran penjenayah yang mempunyai teknik untuk berselindung dalam ruang siber sehingga menghadapi risiko yang minimum untuk dikesan pada peringkat awal.

Pasaran Gelap Internet

Semakin ramai pakar komputer yang menyalahguna kepakaran untuk mendapat keuntungan kewangan dengan mudah dan cepat. Antaranya, mencuri maklumat penting dan harta intelek untuk diperdagang dalam pasaran gelap Internet mengguna matawang digital yang dinamai syiling bit (bitcoins). Maklumat peribadi berkaitan kewangan boleh diguna oleh sindiket jenayah terancang untuk mengklon kad kredit dan memalsu pelbagai identiti. Kumpulan pakar penggodam juga menyedia produk dan perkhidmatan teknikal seperti alat dan tutorial penggodaman, perisian jahat, dan infastruktur botnet.  Mereka mendapat bayaran yang lumayan menerusi perdagangan produk dan perkhidmatan tersebut lantaran permintaannya yang tinggi

Perisian Jahat dan Botnet

Perisan jahat merupakan senjata siber yang diguna untuk melaksana pelbagai aktiviti jenayah dalam ruang siber mengganti senjata konvensional. Antara fungsi perisian jahat termasuk mencuri dan memadam maklumat, mengunci fail atau sistem komputer, dan menafi sesuatu perkhidmatan komputer agar tidak boleh diakses atau diguna. Pada amnya, komputer yang dijangkiti perisian jahat boleh dirampas dan dikawal oleh penyerang siber untuk menyerang mana-mana sasaran mereka. Botnet yang merupakan sistem rangkaian komputer yang dijangkiti perisian jahat dihubung kepada pelayan pemerintah dan kawalan oleh penyerang siber untuk memungkin botnet diguna sebagai pangkalan bagi melancar serangan siber global.  Penyerang siber sukar dikesan kerana mereka berselindung di sebalik infrastruktur botnet. Tambahan pula organisasi atau negara yang disyaki terbabit sudah pasti menafi penglibatan mereka


Tanggungjawab menggunakan internet

Apakah tanggungjawab menggunakan Internet?
  • Tapis bahan. Konsep langit terbuka menyukarkan kerajaan menapis bahan. Individu & pembekal perkhidmatan bertanggungjawab mengawal & menapis kandungan terutama kandungan yang berunsurkan lucah 
  • Imbas fail atau dokumen dengen antivirus
  • Hormati hakcipta. Dapatkan izin pemilik sebelum menggunakan data
  • Hindari laman web tidak berfaedah 
  • Tidak menyebarkan virus
  • Tidak sentuh isu sensitif seperti agama, kepercayaan, kebudayaan bangsa lain
  • Tidak salur bahan haram, ancam, tekan, peras ugut, hina, semarakkan kebencian
  • Tidak sebar khabar angin atau fitnah
  • Tak ceroboh atau curi data
  • Berkongsi ilmu yang bermanfaat
  • Elak perilaku yg menyebab kekacauan & ketegangan dalam atau luar negara & pelanggaran undang-undang
  • Tidak anjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi dan masyarakat
  • Pastikan kesahihan maklumat  adalah tepat
  • Fahami & patuhi polisi keselamatan yang terdapet pada sistem komputer
  • Laksana pelbagai mekanisme keselamatan ke atas aplikasi yg diletak dalam Internet
  • Pengeluar atau pembangun sistem bertanggungjawab memastikan produk mempunyai kawalan keselamatan, sentiasa perbaiki ciri keselamatan  & bekerjasama meningkatkan faktor keselamatan

Apakah Perbuatan Penyalahgunaan Internet?
  • Serangan & ancaman yg mudaratkan individu/kumpulan sasaran (email bom & spam)
  • menghantar iklan yg tak dikehendaki atau amalan perdagangan yg mengelirukan. Hantar iklan kepada peminta sahaja
  • menghantar mesej yang sama kepada pelbagai kumpulan perbincangan
  • Palsukan kepala emel untnk mengelirukan penerima
  • Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha untuk tingkatkan bebanan perkhidmatan & rosakkan komputer
  • Memberi maklumat salah pada borang, kontrak, permohonan
  • Melakukan pemantauan  dengan tujuan mencuri data
  • Membatalkan posting orangg lain kepada mana-mana kumpulan perbincangan
  • Mengganggu dengan tujuan memudharatkan aktiviti orang lain
  • Pos ucapan antagonis & porno
  • Komplot, skim piramid & buat wang segera
  • Cetak rompak perisian/rakaman suara
  • Langgar hakcipta
  • Capai data orang lain tanpa diberi kuasa. NetID & katalaluan orang digunakan utk mengakses maklumat peribadi. Peroleh, simpan, mengguna katalaluan orang  
  • Mmeintas transmisi rangkaian seperti memasang penghidu rangkaian
  • Menyebar virus, cecacing & program yang boleh memusnahkan sistem/rangkaian
  • Mneghalang orang lain mengakses maklumat/ capai perkhidmatan
  • Mencipta atau menggunakan www bagi memudahkan org lain akses bahan yang boleh menyinggung individu atau masyarakat